BERITA SEMASA

Fakhrul Hatta dilantik Ketua Pengarah PERHILITAN baharu

PUTRAJAYA – Datuk Fakhrul Hatta Musa dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) berkuat kuasa kelmarin.

Menerusi hantaran di Facebook, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, terdapat kisah di sebalik lencana pin (‘lapel pin’) Harimau Malaya yang dipakai Fakhrul Hatta ketika menerima watikah pelantikan itu.

“Ia mengingatkan kita kepada legasi Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohamad Ali iaitu penaung rasmi pertama Kempen Selamatkan Harimau Malaya yang dilancarkan pada 2019.

“Allahyarhamah begitu konsisten menyokong usaha pemuliharaan spesies ikonik negara termasuk menggesa masyarakat berganding bahu melindungi Harimau Malaya serta habitatnya demi generasi akan datang.

“Semoga legasi itu terus hidup dan diteruskan,” katanya.

Sebelum ini, Fakhrul Hatta memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) PERHILITAN menggantikan Datuk Abdul Kadir Abu yang bersara bulan lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button