Empat ditahan kerana terbangkan dron tanpa kebenaran – CAAM
CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan empat individu kerana menerbangkan dron tanpa kelulusan semasa hari penamaan calon semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kapten Norazman Mahmud berkata, penahanan itu dibuat kerana mereka menerbangkan dron di kawasan tumpuan orang ramai.
“Kini CAAM bersama PDRM sedang menjalankan siasatan berikutan salah satu daripada empat kes yang dilaporkan telah menyebabkan berlakunya insiden kemalangan.
“Insiden berkenaan membabitkan penggunaan dron pertanian yang jatuh dan mencederakan orang awam sehinggakan mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, media melaporkan Polis Kedah mengesan dua kes menerbangkan dron dengan satu daripadanya jatuh menimpa penyokong pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah.
Mengulas lanjut, Norazman memberitahu bahawa kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






