BISNES & EKONOMI

Robo.ai catat hasil lebih AS$180 juta susulan pengambilalihan QC Capital

DUBAI – Robo.ai Inc. mencatat hasil lebih AS$180 juta (RM728 juta) bagi tempoh Jun hingga Ogos, dengan sebahagian besar pendapatan disumbangkan oleh Quantum Core Capital Limited (QC Capital), yang diperoleh syarikat itu pada Jun.

Robo.ai dalam satu kenyataan berkata, QC Capital terus beroperasi dan menyumbang kepada hasil syarikat sejak pengambilalihan itu selesai pada 15 Jun.

“Sejak menyelesaikan pengambilalihan pada Jun, kami melihat momentum operasi yang stabil dan sumbangan hasil berterusan daripada perniagaan yang diperoleh,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Robo.ai, Benjamin Zhai dalam kenyataan tersebut.

Benjamin turut berkata, prestasi hasil berkenaan memberikan keyakinan terhadap kemajuan perniagaannya dan menjadi asas kepada fasa pembangunan seterusnya.

Kenyataan itu kemudiannya menyebut, tumpuan kini diberikan kepada integrasi operasi yang diperoleh dan pelaksanaan strategi pertumbuhan, termasuk pembangunan platform berasaskan teknologi dalam bidang kecerdasan buatan, robotik dan mobiliti pintar, pembuatan termaju serta aset digital dan modal.

Bagaimanapun, angka hasil itu merupakan keputusan awal yang belum diaudit serta belum disemak oleh firma perakaunan awam berdaftar bebas Robo.ai.

Angka tersebut mungkin berubah selepas proses penutupan akaun dan semakan selesai, kata syarikat itu.

Saham balasan berkaitan pengambilalihan QC Capital pula tertakluk kepada mekanisme pelepasan secara berperingkat yang dikaitkan dengan pencapaian hasil, menurut Robo.ai.

Mekanisme itu telah didedahkan sebelum ini dalam pemfailan Borang 6-K bertarikh 18 Jun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button