Robo.ai umum ambilalih QC Capital Limited
ABU DHABI – Robo.ai Inc. hari ini mengumumkan pihaknya telah memeterai perjanjian untuk memperoleh 100 peratus kepentingan ekuiti dalam QC Capital Limited.
Menurut syarikat itu dalam satu kenyataan, jumlah pertimbangan bagi urus niaga yang dicadangkan adalah sebanyak AS$60 juta (RM247 juta) yang akan dibayar melalui penerbitan saham biasa Kelas B baharu Robo.ai.
Saham pertimbangan tersebut akan tertakluk kepada jadual peletakan hak dan pelepasan sehingga lapan tahun.
Cadangan pengambilalihan itu merupakan langkah strategik dalam pembangunan Robo.ai untuk membina platform rangkaian robotik kecerdasan buatan (AI) global.
QC Capital dilihat sebagai platform pegangan teknologi dan pembinaan usaha niaga berasaskan AI dengan keupayaan merangkumi pembangunan teknologi, pembinaan usaha niaga serta pelaburan industri.
“Melalui pengambilalihan ini, Robo.ai dijangka dapat memperkukuh keupayaannya dalam mendapatkan syarikat teknologi, pengagihan modal, inkubasi usaha niaga, penggabungan dan pengambilalihan rentas sempadan, operasi selepas pelaburan serta pengkomersialan global, kata syarikat itu dalam satu kenyataan, hari ini.
Di bawah perjanjian pengambilalihan itu, struktur pertimbangan urus niaga direka bagi menyelaraskan sasaran prestasi jangka panjang.
Menurut Robo.ai, saham pertimbangan tersebut akan dilepaskan secara berperingkat dan dikaitkan dengan pencapaian sasaran hasil bagi tempoh beberapa tahun.
Struktur itu juga bertujuan menyelaraskan pelepasan pertimbangan urus niaga dengan prestasi perniagaan masa depan QC Capital serta kepentingan jangka panjang para pemegang saham Robo.ai.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
