BISNES & EKONOMI

Bekas Presiden INTERPOL dilantik Pengerusi Neurovia AI

ABU DHABI – Robo.ai Inc. hari ini mengumumkan pelantikan bekas Presiden INTERPOL, Ahmed Naser Al-Raisi sebagai Pengerusi anak syarikatnya, Neurovia AI, bagi memperkukuh tadbir urus dan pengawasan keselamatan susulan penyepaduan Neurovia AI ke dalam firma teknologi berkenaan.

Pelantikan itu turut mencerminkan komitmen Robo.ai untuk membangunkan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) berdaulat yang dipercayai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selain memperkukuh aspek tadbir urus, pematuhan dan keselamatan data.

Al-Raisi mempunyai pengalaman lebih empat dekad dalam transformasi digital perkhidmatan awam serta tadbir urus keselamatan digital di peringkat global.

Kepakarannya merangkumi pematuhan data di peringkat nasional, pengurusan risiko digital rentas sempadan dan pembangunan rangka kerja keselamatan AI bertaraf kedaulatan.

Beliau turut mencipta sejarah sebagai Presiden INTERPOL pertama dari Timur Tengah apabila menerajui organisasi itu dari 2021 hingga 2025.

Related Articles

Sebagai Pengerusi Neurovia AI, Al-Raisi akan mengetuai Lembaga Pengarah syarikat bagi menyelaras pembangunan syarikat mengikut strategi AI kebangsaan UAE.

Beliau juga dipertanggunjawabkan untuk memperkukuh tadbir urus keselamatan di peringkat tertinggi, menyokong hubungan syarikat dengan pelanggan kerajaan dan perusahaan, selain memacu pengembangan antarabangsa serta memberikan panduan mengenai strategi jangka panjang, pematuhan dan tadbir urus.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button