Robo.ai umum pelantikan Wang Hao sebagai pengarah bebas
ABU DHABI, UAE – Robo.ai mengumumkan pelantikan Wang Hao sebagai pengarah bebas lembaga pengarah syarikat itu, berkuat kuasa serta-merta.
Syarikat yang berpangkalan di UAE itu berkata, Wang turut dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Pampasan serta Jawatankuasa Strategi dan ESG Lembaga.
Pelantikan Wang adalah bagi menggantikan Yehong Ji yang meletak jawatan daripada Lembaga dan jawatankuasa-jawatankuasanya berkuat kuasa 11 Ogos 2026.
Lembaga Pengarah menentukan bahawa Wang memenuhi syarat kebebasan di bawah peraturan penyenaraian Nasdaq dan peraturan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC).
“Wang mempunyai pengalaman kira-kira 20 tahun dalam bidang kewangan dan teknologi, dengan kepakaran meliputi blockchain, tokenisasi aset, pejabat keluarga, dana lindung nilai makro global dan perbankan pelaburan.
“Pengalaman beliau dalam kewangan institusi, aset digital dan tokenisasi aset mempunyai kaitan langsung dengan strategi infrastruktur pintar syarikat, selain mengukuhkan aspek kebebasan serta kepakaran profesional Lembaga,” ,” kata Robo.ai dalam satu kenyataan, hari ini.
Wang merupakan pemegang tauliah CFA sejak 2010 dan Chartered Fellow of the Global FinTech Institute dan memulakan kariernya dalam perbankan pelaburan dengan Citi dan Nomura.
Beliau turut pernah memegang beberapa jawatan kanan di IDEG Singapore dan firma sekutunya, termasuk menerajui penubuhan ibu pejabat global kumpulan itu di Singapura serta usaha mendapatkan lesen pengurusan dana.
Beliau kini merupakan pegawai eksekutif kanan Changer.ae. Sebelum ini, Wang juga pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai operasi SGTOX, platform aset digital yang ditubuhkan di Singapura, serta ketua pegawai operasi MetaBank, dengan tanggungjawab membangunkan penyelesaian teknologi berasaskan blockchain untuk negara membangun.
Selain itu, beliau juga merupakan pelabur dalam beberapa firma pelaburan termasuk Multicoin Capital, Spartan, LongHash Ventures dan Blockchain Founders Fund.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





