Polis giatkan usaha kesan kumpulan dirakam bakar mercun dalam video tular
SHAH ALAM – Polis sedang giat mengesan sekumpulan lelaki yang dirakam membakar mercun di persimpangan Jalan Hamzah Seksyen U14, di sini semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah, terdahulu, video kejadian tersebut menjadi tular di media sosial.
“Susulan penularan video itu, satu laporan telah dibuat Ketua Polis Balai Bukit Jelutong, hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kejadian itu disyaki berlaku sekitar pukul 4.22 petang semalam semasa perarakan kematian menuju ke Tapak Perkuburan Bliss Garden Setia Alam.
“Siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek yang terlibat dalam aktiviti membakar mercun ini dan saksi yang berada di tempat kejadian.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya dalam kenyataan itu lagi.
Tambahnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Mohd Razi Sahari di talian 019-5717076.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





