Serang, rogol dan samun remaja semasa beriadah: Tempoh reman mekanik disambung
TUMPAT – Tempoh tahanan reman seorang mekanik yang disiasat atas dakwaan merogol dan menyamun seorang remaja perempuan di Palekbang pada 17 Jun lalu disambung selama tujuh hari lagi sehingga 21 Julai ini.
Perintah reman terhadap suspek berusia 24 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi di Mahkamah Majistret Tumpat, memetik Harian Metro.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 KK (rogol) dan Seksyen 394 KK (samun sehingga menyebabkan kecederaan).
Terdahulu, media melaporkan bahawa mangsa yang sedang beriadah pada pagi 17 Jun lalu telah diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali, sebelum dipukul dengan kayu, dirogol, serta disamun.
Mangsa dijumpai dalam keadaan separuh sedar dengan mengalami kecederaan di bahagian muka, kepala dan badan di kawasan semak berhampiran tali air di Kampung Mesira, Palekbang.
Remaja perempuan itu dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu dan turut menerima rawatan psikologi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






