BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Guru disyaki cabul tiga murid ditahan

ISKANDAR PUTERI – Seorang guru lelaki berusia 47 tahun ditahan selepas disyaki mencabul tiga murid perempuan di sebuah sekolah rendah, di sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, suspek ditahan di sekitar daerah ini, semalam selepas menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Polis mengesahkan laporan diterima mengenai kes ini, sebelum penahanan terhadap suspek lelaki berusia 47 tahun berkenaan dibuat semalam.

“Suspek kini sedang ditahan reman selama lima hari bermula hari ini hingga Ahad ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, atas kesalahan bagi maksud seksual menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Kumarasan berkata, tiga murid perempuan berkenaan berusia sembilan tahun dan siasatan masih berjalan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button