
Papagomo direman dua hari
KUALA LUMPUR – Pempengaruh politik, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo direman dua hari sehingga esok susulan kenyataan berbaur hasutan yang dikeluarkanya terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Peguamnya, Rafique Rashid dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan perkara itu.
Menurut Rafique, pegawai penyiasat memohon reman empat hari untuk melengkapkan siasatan, namun permohonan tersebut dibantah pihak pembelaan.
Setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, Majistret kemudian menetapkan reman selama dua hari sehingga esok.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, memaklumkan penahanan Wan Muhammad Azri dibuat susulan satu hantaran video berdurasi 2 minit 46 saat yang memaparkan dia mempersoalkan tindakan YDPA bertemu pemilik kedai serbaneka KK Mart di Istana Negara.
Hantaran video itu turut dikatakan mendakwa bahawa baginda mengarahkan Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, 45, dituduh di mahkamah mengikut Akta Hasutan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








