BERITA SEMASA

Tiga lelaki direman lima hari kes lelaki ditetak akibat cemburu

SUBANG — Tiga lelaki termasuk bekas suami kepada teman wanita mangsa ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang parah ditetak dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Puchong Intan, Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek bermula hari ini hingga Jumaat.

“Motif kejadian disyaki berpunca daripada perasaan cemburu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, polis menahan tiga lelaki terbabit di Jalan USJ 9, di sini, pada pukul 3 petang semalam.

Menurut Mohd Fairus, semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan telah mengaku terlibat dalam kejadian berkenaan.

Siasatan awal mendapati mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun dipukul dan ditetak di bahagian kepala serta badan oleh bekas suami teman wanitanya bersama dua lelaki lain.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button