Ejen hartanah tikam wanita dalam kereta direman 7 hari
ALOR SETAR – Suspek lelaki yang menikam seorang wanita di dalam kereta di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas di sini direman tujuh hari bermula hari ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah membenarkan permohonan reman oleh polis di lokap Kompleks Mahkamah Alor Setar di sini.
Terdahulu, ejen hartanah berusia 32 tahun tersebut tiba pada jam 8.20 pagi dengan berpakaian baju lokap sambil diiringi anggota polis.
Media sebelum ini melaporkan seorang wanita cedera di leher kanannya dalam satu kejadian pada jam 9.19 malam Ahad selepas dipercayai ditikam lelaki dikenali di hadapan sebuah restoran.
Suspek kemudiannya dipercayai melarikan diri selepas kejadian, namun berjaya ditahan oleh polis di kawasan Masjid Taman Uda di sini pada jam 1.50 pagi Isnin.
Suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tikam wanita di Kepala Batas semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan dan berada dalam keadaan stabil.
Menurutnya, polis masih menyiasat motif kejadian serta hubungan sebenar antara mangsa dan suspek.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







