11 pendaki maut dilanda runtuhan salji di Rusia
MOSCOW – Sekurang-kurangnya 11 pendaki maut manakala enam lagi cedera selepas dilanda runtuhan salji ketika mendaki Gunung Mizhirgi di wilayah Kabardino-Balkaria, Caucasus Utara, Rusia, Ahad lalu.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang waktu tempatan apabila runtuhan salji melanda sekumpulan 33 pendaki yang berada di kawasan pergunungan berkenaan.
Menurut perkhidmatan kecemasan tempatan, usaha mencari enam pendaki yang masih hilang diteruskan ketika pasukan penyelamat berdepan keadaan pergunungan yang tidak stabil.
Dalam perkembangan sama, 10 pendaki berjaya turun dari gunung itu dengan usaha sendiri selepas insiden berlaku.
“Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dengan membabitkan lebih 50 anggota kecemasan dan penyelamat.
“Bagaimanapun, operasi berkenaan berdepan kesukaran berikutan keadaan muka bumi yang mencabar selain risiko runtuhan salji susulan,” katanya.
@malaysiatribune Sekurang-kurangnya 11 pendaki maut manakala enam lagi cedera selepas dilanda runtuhan salji di Gunung Mizhirgi, Caucasus Utara, Rusia. #malaysiatribune #beritasemasa #videoreelsシ #trendingnewsmalaysia
Gunung Mizhirgi merupakan antara puncak tertinggi di Caucasus Utara dan terletak di kawasan Bezengi Gorge, Kabardino-Balkaria.
Pihak berkuasa Rusia turut memulakan siasatan berhubung kejadian berkenaan, termasuk kemungkinan berlaku kecuaian.
Kejadian itu merupakan antara insiden runtuhan salji terburuk membabitkan kumpulan pendaki di kawasan Caucasus dalam tempoh terdekat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








