BERITA SEMASALUAR NEGARA

PM puji keberkesanan sistem amaran awal susulan gempa bumi di Kamchatka

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji keberkesanan sistem amaran awal serta tindakan pantas pasukan penyelamat susulan kejadian gempa bumi kuat yang melanda Kamchatka, Timur Jauh Rusia baru-baru ini.

Menurut beliau, kecekapan sistem amaran awal yang diaktifkan sejurus kejadian bukan sahaja membolehkan kawasan berisiko tinggi seperti Jepun, Guam dan beberapa wilayah di pesisir Lautan Pasifik mengambil langkah berjaga-jaga, malah menyumbang kepada tiadanya korban jiwa atau kerosakan besar.

“Saya amat lega tiada laporan korban serius atau kemusnahan besar. Ini hasil tindakan segera sistem amaran awal serta kecekapan pasukan kecemasan yang berjaya menyelamatkan nyawa,” kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan.

Anwar turut menzahirkan simpati kepada komuniti yang terkesan dan menegaskan bahawa Malaysia mengikuti perkembangan bencana itu dengan penuh keprihatinan.

“Sama seperti ramai yang lain saya mengikuti amaran tsunami yang dikeluarkan di seluruh wilayah Pasifik dengan hati yang berat, menyedari betapa besar risiko yang dihadapi oleh komuniti terlibat,” katanya.

Gempa bumi berukuran 8.8 magnitud yang berlaku di perairan Kamchatka itu mencetuskan amaran tsunami merentasi wilayah pesisir Pasifik, namun langkah pantas pengaktifan sistem keselamatan berjaya mengurangkan impak bencana tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button