BERITA SEMASALUAR NEGARA

Rundingan damai Rusia-Ukraine hampir dimuktamad

CALIFORNIA – Rundingan bagi menamatkan perang Ukraine kini berada pada tahap paling kritikal apabila proses itu dilapor memasuki ‘10 meter terakhir’, dengan hanya dua isu utama masih menghalang persetujuan muktamad antara pihak terlibat.

Utusan Khas Amerika Syarikat (AS) ke Ukraine, Keith Kellogg berkata, walaupun hampir semua perkara telah dipersetujui, kemajuan rundingan masih bergantung kepada penyelesaian berhubung status wilayah Donbas dan masa depan Loji Nuklear Zaporizhzhia yang dikuasai Rusia.

“Kalau dua isu ini dapat diselesaikan, selebihnya dijangka berjalan baik. Kita hampir sampai,” katanya ketika berucap pada Forum Pertahanan Kebangsaan Reagan di sini, lapor Reuters.

Kellogg, yang bakal menamatkan tugas pada Januari depan, turut menyifatkan perang Ukraine sebagai antara konflik serantau paling dahsyat apabila lebih dua juta nyawa terkorban atau cedera sejak ia tercetus pada 2022.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan pendirian Rusia dalam rundingan itu dilihat lebih tegas dan masih mengekalkan beberapa tuntutan utama.

Trump sebelum ini menegaskan usaha menamatkan perang Ukraine merupakan sasaran dasar luar paling sukar dalam pentadbirannya dan menyatakan hasrat mahu dikenang sebagai “presiden pendamai”.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button