Nepal simpan sampel DNA mangsa banjir tidak dikenal pasti sebelum pengebumian
KATHMANDU – Kerajaan Nepal akan menyimpan semua sampel DNA dan bukti pengenalan mangsa banjir yang gagal dikenal pasti sebelum mengambil langkah mengebumikan atau menguruskan jasad berkenaan.
The Kathmandu Post melaporkan, Perdana Menteri, Balendra Shah sebagai berkata, hanya jasad yang tidak dapat dikenal pasti akan diuruskan kerajaan, manakala jasad dikenal pasti oleh keluarga diserahkan kepada waris.
“Kesemua jasad yang ditemukan ditempatkan di dalam beg kedap udara dan diuruskan mengikut Arahan Pengurusan Mayat Tidak Dikenali dan Tidak Dituntut (Pindaan Pertama) 2026.
“Hanya jasad yang tidak dapat dikenal pasti akan diuruskan kerajaan selepas sampel DNA dan bukti lain yang boleh membantu menentukan identiti mereka disimpan,” katanya di akaun media sosial miliknya, semalam.
Menurut Balendra, sekitar 675 jasad ditemukan setakat ini di beberapa lokasi di Rasuwa, Dhading, Nuwakot, Chitwan, Tanahun, Gorkha, Nawalparasi Timur dan Nawalparasi Barat.
Banjir Sungai Bhotekoshi lima hari lepas mengakibatkan angka korban yang tinggi serta kerosakan meluas terhadap harta benda dan infrastruktur di sepanjang kawasan sungai itu, khususnya di Rasuwa, Nuwakot dan Dhading.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














