Polis sahkan kecederaan pelbagai bahagian badan punca Farres Putra maut
KUALA TERENGGANU – Kecederaan pada pelbagai bahagian badan akibat kemalangan motosikal menjadi punca kematian pelumba Malaysian Cub Prix, Farres Putra Mohd Fadhil, di Litar Permotoran Gong Badak, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, proses bedah siasat ke atas pelumba CKJ Racing itu dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bermula pukul 10 hingga 11.55 malam tadi.
“Mangsa yang berasal dari Selangor, telah mengalami kemalangan semasa perlumbaan Kejuaraan Akhir CP150 pusingan kelima Kejuaraan Malaysian Cub Prix, di Litar Permotoran Gong Badak petang semalam.
“Kemalangan melibatkan tiga buah motosikal yang bergesel sesama mereka. Mangsa telah dibawa ke Unit Kecemasan HSNZ dengan ambulans dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Persatuan Sukan Permotoran Malaysia memaklumkan, insiden membabitkan pelumba CKJ Racing berusia 18 tahun itu berlaku di Selekoh 3 pada pusingan pertama perlumbaan.
Susulan kejadian, Allahyarham diberi rawatan perubatan segera di litar sebelum dibawa ke Hospital Nur Zahirah di Kuala Terengganu, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








