BERITA SEMASA

Wanita perlu diberi ruang, peluang tonjol keupayaan kepimpinan – Zambry

NILAI – Wanita perlu diberikan ruang dan peluang lebih luas untuk menyerlahkan keupayaan masing-masing dalam kepimpinan, selaras dengan potensi besar yang dimiliki golongan itu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Malaysia mempunyai ramai wanita berbakat, berilmu dan berpotensi besar untuk menggalas tanggungjawab kepimpinan lebih tinggi.

Beliau berkata, kepimpinan wanita bukan sekadar memenuhi kuota atau angka peratusan, sebaliknya perlu berasaskan merit, kemampuan dan peluang yang adil.

“Ketika ini sebanyak 46 peratus jawatan kepimpinan pelapis di universiti awam diisi wanita, namun angka itu masih sekitar 26 peratus di peringkat kepimpinan tertinggi.

“Lebih ramai wanita diberi peluang melangkah ke jawatan kepimpinan tertinggi dalam institusi pendidikan tinggi negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zambry
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meraikan 44 peserta daripada 20 universiti awam yang menamatkan Program SheLeads 2026 di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek.

Terdahulu, beliau meraikan 44 peserta daripada 20 universiti awam yang menamatkan Program SheLeads 2026 di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek.

Program berkenaan merupakan antara inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menggilap bakat kepimpinan wanita menerusi latihan, perkongsian pengalaman dan bimbingan pemimpin berpengalaman.

Zambry turut menegaskan usaha memperkasa kepimpinan wanita bukan tanggungjawab golongan itu semata-mata, sebaliknya memerlukan sokongan semua pihak termasuk kaum lelaki.

Katanya, matlamatnya bukan sekadar melahirkan lebih ramai pemimpin wanita, tetapi memastikan mereka memiliki kualiti, kewibawaan dan kemampuan untuk membawa perubahan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua graduan SheLeads 2026 serta berterima kasih kepada AKEPT dan pihak yang menjayakan program berkenaan, sambil berharap inisiatif itu dapat diteruskan dalam kelompok lebih luas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button