BERITA SEMASA

[VIDEO] Kapal GSF dipintas di luar perairan Greece, senjata dihala pada kru

KUALA LUMPUR – Kapal bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang dalam perjalanan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dilaporkan dipintas dan diganggu di luar perairan Greece.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik oleh Sumud Nusantara Official di platform Threads, mereka memaklumkan kemungkinan operasi pemintasan berlaku apabila flotila itu dihampiri beberapa bot laju tentera, selain komunikasi kebanyakan kapal dilaporkan terganggu.

“Amaran kecemasan. Amaran serangan flotila. Flotilla sedang dihampiri. Kebanyakan bot telah diganggu komunikasi.

“Flotilla dihampiri oleh bot laju tentera. Senjata dihalakan dan laser disasarkan ke arah mereka,” menurut kenyataan itu.

Bersama hantaran tersebut turut dimuat naik rakaman video yang memaparkan amaran daripada pihak tentera Israel agar peserta GSF berundur dan kembali semula ke pelabuhan asal mereka.

BACA JUGA:

Kapal GSF ke Gaza dihampiri bot tentera Israel, komunikasi diganggu

Perkembangan itu turut mengundang reaksi emosional dalam kalangan netizen yang mengikuti perjalanan misi berkenaan.

Seorang pengguna media sosial, @wn_haidah menyifatkan flotila itu membawa harapan buat rakyat Gaza kerana hanya memuatkan bantuan asas untuk mereka yang menderita.

“Mereka membawa ubat, makanan dan susu untuk mereka yang sedang menderita. Ya Allah, permudahkan perjalanan kemanusiaan mereka ke Gaza, lindungi mereka dan kurniakan rahmat-Mu,” tulisnya.

@malaysiatribune

Menurut Sumud Nusantara Official dalam satu kenyataan, kebanyakan bot yang terlibat juga telah diganggu sistem komunikasi. Video : Sumud Nusantara#malaysiatribunenews #trendingnewsmalaysia #beritatularmalaysia #beritaviral #beritasemasa #viralnews

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Seorang lagi pengguna, @mnilyn97 turut meluahkan kebimbangan dan mendoakan keselamatan pasukan flotila daripada dipintas tentera Israel.

“Ya Allah, sekatkan kemaraan tentera Zionis daripada terus memintas kapal-kapal Sumud Flotilla dan lindungilah mereka,” katanya.

GSF merupakan usaha gabungan antarabangsa yang terlibat dalam misi kemanusiaan membawa bantuan seperti ubat-ubatan, makanan dan susu untuk disalurkan kepada penduduk Gaza susulan konflik berterusan di wilayah Palestin itu.

Misi memecahkan kepungan di Gaza itu disertai lebih 1,000 aktivis dari hampir 100 buah negara termasuk Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button