[VIDEO] Peserta Malaysia bangga dengan ketegasan negara sokong Global Sumud Flotilla
PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla amat berbangga dengan ketegasan negara dalam menyuarakan kepentingan misi mereka kepada dunia.
Wakil peserta Malaysia, Musa Al-Nuwayri berkata, seramai 34 rakyat Malaysia yang terdiri daripada 26 lelaki dan sembilan wanita turut serta dalam misi untuk memecahkan halangan rejim zionis dengan membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza.
@malaysiatribune Rakyat Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla amat berbangga dengan ketegasan negara dalam menyuarakan kepentingan misi mereka kepada dunia. Wakil peserta Malaysia, Musa Al-Nuwayri berkata, seramai 34 rakyat Malaysia yang terdiri daripada 26 lelaki dan sembilan wanita turut serta dalam misi untuk memecahkan halangan rejim zionis dengan membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza. #malaysiatribune #sumudflotilla #gaza #malaysia #beritatiktok
“Alhamdulillah kami semua dalam keadaan baik walaupun ada kekacauan akibat gangguan dron malam tadi.
“Ada peserta yang berasa trauma (dengan gangguan tersebut) namun semua peserta dalam keadaan baik,” katanya.
Musa berkata demikian dalam perbualan videonya dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.
Beliau kemudiannya berkata, sebagai rakyat Malaysia, beliau amat berbangga dengan sokongan yang ditunjukkan kerajaan terhadap misi itu.
“Ada dua sahaja kerajaan yang mengiktiraf dan mengeluarkan kenyataan secara langsung iaitu Malaysia menerusi Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Colombia.
“Saya berasa bangga membawa bendera Malaysia dalam misi kali ini,” katanya lagi.
Musa kemudiannya memberitahu Ahmad Zahid, flotilla yang terdiri 54 buah kapal itu kini berada di kawasan dinamakan sebagai ‘Grey Zone’ kira-kira 750 batu nautika daripada kawasan pantai Gaza.
“Walaupun kami belum memasuki zon bahaya (semakin menghampiri pantai Gaza) tapi sudah mula diganggu.
“Kami berharap semua rakyat Malaysia dapat mendoakan keselamatan kami pergi dan pulang,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








