Kapal GSF ke Gaza dihampiri bot tentera Israel, komunikasi diganggu
KUALA LUMPUR – Gabungan bantuan kemanusiaan antarabangsa, Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang dalam misi pelayaran ke Gaza mendakwa, kapal mereka dihampiri beberapa bot laju tentera yang memperkenalkan diri sebagai ‘Israel’.
Menurut kenyataan dimuat naik menerusi akaun rasmi GSF di platform X awal pagi ini, mereka turut mendakwa anggota bersenjata itu menghalakan pancaran laser serta senjata separa automatik ke arah peserta di atas kapal.

GSF juga mendakwa semua peserta diarahkan bergerak ke bahagian hadapan bot dan diminta berada dalam posisi tangan serta lutut.
“Bot kami dihampiri bot laju tentera yang memperkenalkan diri sebagai ‘Israel’, menghalakan laser dan senjata separa automatik, serta mengarahkan peserta ke bahagian hadapan bot dan berada dalam keadaan tangan dan lutut.
“Komunikasi bot sedang diganggu dan isyarat kecemasan SOS telah dikeluarkan,” menurut kenyataan itu.
GSF merupakan usaha gabungan antarabangsa yang terlibat dalam misi kemanusiaan membawa bantuan ke Gaza susulan konflik berterusan di wilayah Palestin itu.
Misi memecahkan kepungan di Gaza itu disertai lebih 1,000 aktivis dari hampir 100 buah negara.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa Israel berhubung dakwaan berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








