KPT beri sokongan penuh pensyarah sertai misi kemanusiaan
NILAI – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan sokongan penuh kerajaan kepada pensyarah universiti serta rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza.
Beliau berkata, pendirian Malaysia jelas menolak tindakan rejim Israel yang tidak mematuhi undang-undang antarabangsa dan sering bertindak zalim terhadap aktivis kemanusiaan.
“Kita sentiasa memberi sokongan kepada pensyarah-pensyarah dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
“Negara juga telah menyuarakan bantahan terhadap langkah yang dibuat rejim Israel,” katanya.
Beliau berkata sedemikian apabila diminta mengulas mengenai penyertaan dua pensyarah institusi pengajian tinggi dalam misi terbaharu Global Sumud Flotilla selepas merasmikan Sambutan Hari dan Bulan Akademia 2025 di Universiti Sains Islam Malaysia, di sini hari ini.
Tambah beliau, pihak kementerian turut mendoakan keselamatan semua peserta misi termasuk pensyarah universiti berkenaan agar dilindungi daripada sebarang ancaman sepanjang tugasan mereka.

“Kita doakan agar mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat dan diberi kekuatan dalam membawa suara kemanusiaan ke peringkat antarabangsa,” ujarnya.
Terdahulu, media melaporkan dua orang pensyarah dari Malaysia kini berada di atas kapal Conscience yang berlepas dari Porto Otranto, Itali yang membawa aktivis dan kru, termasuk pakar perubatan serta wartawan antarabangsa dari lebih 20 negara belayar ke Gaza bagi gelombang ketiga Sumud Flotilla selepas GSF.
Salah seorangnya ialah Prof Dr Mohd Afandi Salleh yang merupakan Pensyarah Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















