Sumud Flotilla: Fahmi gesa siaran Qunut Nazilah di televisyen, radio
KUALA LUMPUR – Semua stesen televisyen dan radio di seluruh negara digesa menyiarkan bacaan doa Qunut Nazilah dalam slot siaran utama sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia terhadap nasib pasukan Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan rejim Zionis Israel.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, solidariti rakyat amat penting dalam menghadapi susulan tindakan Israel yang memintas serta menahan flotila kemanusiaan itu, sekali gus melanggar undang-undang antarabangsa.
“Doa serta solidariti rakyat amat penting dalam menghadapi saat getir,” kata Fahmi yang juga jurucakap rasmi Kerajaan Perpaduan dalam satu kenyataan hari ini.
Baca juga : Malaysia tuntut pembebasan serta-merta tanpa syarat aktivis flotila ke Gaza – Wisma Putra
Dalam masa sama, Fahmi turut mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mempertingkat pemantauan terhadap segala kandungan berkaitan konflik tersebut di ruang siber Malaysia.
“Tindakan tegas dan segera akan diambil terhadap sebarang cubaan menyebarkan propaganda Zionis atau naratif berbentuk hasutan yang boleh menjejaskan keharmonian serta sensitiviti awam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Fahmi turut menyeru rakyat Malaysia agar merujuk maklumat rasmi yang dikeluarkan Kementerian Luar Negeri dan saluran sahih termasuk Sumud Nusantara Command Centre yang dikendalikan MAPIM bagi mengelakkan penyebaran berita palsu atau tidak sahih.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








