LUAR NEGARA

Trump dakwa Hamas setuju lucut senjata sepenuhnya

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa Hamas dan kumpulan bersenjata lain di Gaza bersetuju untuk melucutkan senjata sepenuhnya dalam perkembangan yang disifatkan sebagai langkah penting ke arah pembentukan kerajaan Palestin baharu di wilayah berkenaan.

Menurut Trump, pelaksanaan proses pelucutan senjata itu akan dilakukan secara berperingkat sebelum pasukan Israel berundur dari Gaza.

Dalam hantaran di platform Truth Social pada Khamis, beliau berkata Lembaga Keamanan (Board of Peace) telah mencapai persetujuan bersejarah berhubung pelucutan senjata berkenaan.

“Hari ini, Lembaga Keamanan mencapai persetujuan BERSEJARAH untuk Hamas LUCUT SENJATA SEPENUHNYA dan semua kumpulan bersenjata lain di Gaza.

“Ini adalah langkah penting ke arah KEAMANAN dan KESELAMATAN berkekalan,” katanya.

Trump berkata, selepas pelucutan senjata selesai, Pasukan Penstabilan Antarabangsa akan bekerjasama dengan pasukan polis Palestin baharu untuk mengambil alih tanggungjawab keselamatan di Gaza.

Beliau berkata, pengunduran pasukan Israel akan dilakukan selepas proses pelucutan senjata berkenaan diselesaikan.

Trump menyifatkan perkembangan itu sebagai satu langkah besar ke arah mewujudkan keamanan dan keselamatan berkekalan di Gaza.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button