LUAR NEGARA

Seorang Datuk Bandar di Israel maut dalam serangan pejuang Palestin

GAZA – Datuk Bandar Sha’ar Hanegev, Israel disahkan mati ditembak oleh pejuang Palestin.

Berita itu disahkan oleh Majlis Daerah Sha’ar HaNegev dalam satu kenyataan semalam.

“Berikutan serangan itu, kami dengan berat hati memaklumkan bahawa Datuk Bandar Sha’ar HaNegev, Ofir Libstein, terbunuh dalam tembakan dengan pejuang Palestin.

“Ofir terbunuh ketika dia keluar untuk mempertahankan penduduk semasa serangan berlaku,” kata kenyataan itu.

Sejak semalam pejuang Mujahidin di Gaza melancarkan serangan ke arah kawasan negara haram, Israel.

Dalam serangan itu lebih 5,000 roket dilancarkan dan lebih 100 rakyat Israel ditawan.

Sementara itu menurut kenyataan itu, susulan kematian Ofir, timbalannya, Yossi Keren dilantik sebagai pengganti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button