Tindakan atasi banjir di Pekan Nilai sudah dilaksanakan, bukan sekadar janji pilihan raya – Arul
NILAI – Isu banjir di Pekan Nilai terus menjadi antara fokus utama dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN), dengan hampir semua calon yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai membangkitkan perkara itu serta mengemukakan pelbagai janji penyelesaian.
Bagaimanapun, menurut penyandang kerusi DUN tersebut, Arul Kumar, usaha menangani masalah banjir di kawasan berkenaan bukan lagi sekadar janji, sebaliknya telah mula dilaksanakan menerusi kelulusan dan pelaksanaan tiga projek utama.
“Projek pertama melibatkan kerja menaik taraf sistem perparitan di Pekan Nilai bernilai RM700,000 yang kini telah siap sepenuhnya.
“Projek kedua pula ialah menaik taraf Kolam Takungan Desa Jasmin dengan kos RM3.9 juta bagi meningkatkan kapasiti takungan air ketika hujan lebat sekali gus mengurangkan risiko banjir di Pekan Nilai. Projek berkenaan dilaporkan telah mula dilaksanakan,” katanya.
Selain itu katanya, projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Batang Labu turut telah dimulakan sebagai sebahagian daripada usaha jangka panjang mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut.
Menurutnya, pelaksanaan projek-projek berkenaan membuktikan tindakan mengatasi isu banjir di Pekan Nilai telah dimulakan sebelum kempen pilihan raya dan bukan sekadar janji yang dibuat ketika musim pilihan raya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








