PRN Negeri Sembilan: Tok Mat tiba di pusat penamaan calon diiringi lautan penyokong
REMBAU – Datuk Seri Mohamad Hasan dari Barisan Nasional (BN) tiba di pekarangan pusat penamaan calon bagi menghantar borang sebagai calon bagi Dewan Undangan Negeri N27 (DUN) Rantau, di Dewan Sri Rembau, di sini pada pukul 8.45 pagi.
Ketibaan Timbalan Presiden UMNO itu turut diiringi Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Hobin jang hobin. Hobin sampai monang,” katanya kepada pemberita sebelum berjalan memasuki pekarangan dewan.
Pada PRN Negeri Sembilan Ke-15, Mohamad mempertahankan kerusi DUN Rantau dengan majoriti selesa 10,280 undi.
@malaysiatribune Kehadiran beliau diiringi Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan ribuan penyokong. #malaysiatribune #beritasemasa #trendingnewsmalaysia
DUN Negeri Sembilan dibubarkan secara rasmi pada 5 Jun lalu selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Pada PRN Negeri Sembilan ke-15 pada 2023, PH memenangi 17 daripada 36 kerusi DUN, diikuti BN dengan 14 kerusi dan PN lima kerusi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








