Tiga maut, 21 cedera dalam letupan restoran di Moscow
MOSCOW – Tiga terbunuh manakala sekurang-kurangnya 21 lagi cedera dalam letupan bom di sebuah restoran mewah di tengah bandar Moscow hari ini.
Menurut pihak berkuasa Rusia, letupan berlaku di restoran Balzi Rossi di Dataran Kudrinskaya ketika premis itu mengadakan satu majlis tertutup.
Siasatan awal mendapati bahan letupan buatan sendiri dipercayai dibawa masuk oleh seorang wanita sebelum meletup berhampiran pintu masuk restoran.
Laporan berita antarabangsa menyebut mangsa terdiri daripada seorang suspek, seorang pengawal keselamatan yang cuba menghalangnya memasuki restoran berkenaan dan seorang pelanggan.
Semua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Jawatankuasa Anti-Pengganas Kebangsaan Rusia memaklumkan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti dalang serangan dan motif kejadian.
Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap letupan itu.
Laporan media menyebut majlis berkenaan dipercayai dihadiri tokoh tentera kanan Rusia namun pihak berkuasa belum mengesahkan sasaran sebenar serangan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















