Lima maut dalam letupan bom berani mati di majlis perkahwinan di Pakistan
DERA ISMAIL KHAN – Seorang pengebom berani mati meletupkan jaket berisi bahan letupan di tengah-tengah tetamu yang menghadiri sebuah majlis perkahwinan di barat laut Pakistan mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencederakan 25 yang lain, lapor agensi Anadolu.
Serangan itu berlaku di kediaman Noor Alam Mehsud, seorang pemimpin komuniti pro-kerajaan di Dera Ismail Khan, sebuah daerah di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, kata ketua polis tempatan, Adnan Khan.
Beliau berkata, pihak polis telah membawa mangsa yang maut dan cedera ke hospital dengan beberapa mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Saksi berkata, ketika kejadian, para tetamu sedang menghadiri majlis berkenaan malah ada yang menari mengikut irama paluan gendang, sebelum pengebom melancarkan serangan.
Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.
Bagaimanapun, kecurigaan dijangka tertumpu kepada Taliban Pakistan yang juga dikenali sebagai Tehrik-e-Taliban Pakistan (TTP), kumpulan yang telah melancarkan banyak serangan di negara itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Kumpulan itu merupakan entiti berasingan namun mempunyai hubungan dengan Taliban Afghanistan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








