Letupan kuat gegar Beit Shemesh: Ujian atau sabotaj?
TEL AVIV – Satu letupan kuat dirakam berlaku di Beit Shemesh, tengah Israel, malam tadi.
Menurut portal en.haberler.com, letupan itu berlaku berhampiran sebuah pusat ujian dan pembuatan senjata milik firma Tomer.
Sejurus selepas letupan itu, sumber tempatan mendakwa pasukan kecemasan tentera Israel dihalang daripada memasuki lokasi kejadian.
Keadaan itu mencetuskan dakwaan bahawa letupan berkenaan mungkin berlaku di sebuah kemudahan ketenteraan sensitif yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum.
Susulan kejadian, firma tersebut dalam satu kenyataan rasmi berkata, letupan tersebut berpunca daripada “ujian senjata”.
Namun, desas desus mengatakan kenyataan itu dikeluarkan bagi menutup spekulasi bahawa pusat yang turut menempatkan kilang pembuatan enjin roket dan peluru berpandu Arrow-2 dan Arrow-3 itu “disabotaj pihak musuh”.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








