82 maut dalam letupan lombong arang batu di China
BEIJING – Sekurang-kurangnya 82 pekerja maut manakala sembilan lagi masih hilang dalam satu letupan di lombong arang batu di utara China, menurut laporan media rasmi negara itu.
Agensi berita kerajaan, Xinhua melaporkan insiden itu berlaku di Lombong Arang Batu Liushenyu milik Kumpulan Tongzhou di wilayah Shanxi pada pukul 7.29 malam waktu tempatan, Jumaat.
Ketika kejadian, seramai 247 pekerja dilaporkan sedang bertugas di lombong berkenaan.
“Laporan dari lokasi kejadian mengesahkan letupan gas di Lombong Arang Batu Liushenyu telah mengorbankan 82 orang,” menurut Xinhua.
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan sembilan lagi mangsa yang masih hilang, selain memberi bantuan kepada pekerja yang terselamat.
Susulan tragedi itu, Presiden China, Xi Jinping mengarahkan supaya segala usaha digerakkan untuk merawat mangsa yang cedera dan mencari mangsa terselamat.
Beliau turut menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian serta memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya.
Wilayah Shanxi merupakan antara kawasan utama perlombongan arang batu di China dan sering berdepan insiden kemalangan industri melibatkan lombong.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













