LUAR NEGARA

Letupan bom berani mati ragut 14 nyawa di Pakistan

PESHAWAR – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala lebih 20 lagi cedera dalam letupan dipercayai  serangan pengebom berani mati berhampiran Balai Polis Kabal di daerah Swat, wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan.

Letupan berlaku ketika ratusan penduduk berhimpun bagi menyertai perhimpunan aman membantah peningkatan kegiatan keganasan kumpulan militan di kawasan berkenaan.

Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku apabila anggota polis cuba menahan dan melakukan pemeriksaan terhadap seorang lelaki mencurigakan di pintu masuk balai berkenaan sebelum suspek meletupkan bahan letupan yang dibawanya.

Ketua Polis Daerah Swat berkata, serangan itu mengorbankan sembilan orang awam dan lima anggota polis, manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke beberapa hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

“Setakat ini, tiada mana-mana kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan,” lapor Al-Jazeera.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mengesyaki ia mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Tehrik-e-Taliban Pakistan (TTP) yang dilaporkan kembali aktif di wilayah Swat sejak kebelakangan ini.

Lembah Swat sebelum ini pernah menjadi kubu kuat kumpulan militan sebelum operasi ketenteraan besar-besaran dilancarkan pada 2007 bagi mengusir kumpulan berkenaan.

Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, wilayah itu kembali berdepan peningkatan aktiviti kumpulan bersenjata, sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk tempatan terhadap keselamatan mereka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button