BSF tembak mati warga Pakistan cuba ceroboh masuk ke India
AHMEDABAD – Pasukan Keselamatan Sempadan (BSF) kelmarin menembak mati seorang lelaki warga Pakistan yang didakwa cuba merentas sempadan antarabangsa dari Pakistan ke India di daerah Banaskantha, Gujarat.
Dalam satu kenyataan semalam, BSF memaklumkan bahawa anggotanya berjaya ‘menumpaskan’ seorang penceroboh warga Pakistan yang cuba memasuki wilayah India pada malam 23 Mei.
“Anggota BSF telah mengesan seorang individu mencurigakan sedang mara ke arah pagar sempadan selepas merentasi sempadan antarabangsa.
“Mereka telah menegur penceroboh tersebut, namun dia terus mara, menyebabkan anggota melepaskan tembakan. Penceroboh tersebut berjaya dineutralkan di tempat kejadian,” menurut kenyataan rasmi BSF seperti dilaporkan Indian Express.
Pihak Polis Banaskantha kemudian mengambil alih mayat mangsa dan membuka laporan Kematian Tidak Sengaja (AD).
Mayat tersebut telah dihantar untuk bedah siasat sebelum dipindahkan ke rumah mayat di Ahmedabad, menurut Penguasa Polis, Akshayraj Makwana.
BACA : Pakistan tembak pesawat India
Menurut sumber, seperti yang diamalkan dalam prosedur biasa, maklumat mengenai si mati akan dikongsi dengan pihak Pakistan Rangers dalam mesyuarat panji (flag meeting) yang akan datang.
Katanya, sekiranya mayat tersebut dituntut, ia berkemungkinan akan dipulangkan, tambah mereka.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








