
22 maut helikopter tentera Pakistan terhempas selepas berlepas
MUZAFFARABAD – Sekurang-kurangnya 22 individu maut selepas sebuah helikopter tentera Pakistan jenis Mi-17 terhempas sejurus berlepas berhampiran Muzaffarabad, Kashmir yang ditadbir Pakistan, semalam.
Tentera Pakistan memaklumkan semua yang berada dalam pesawat itu terbunuh.
Menurut kenyataan tentera, siasatan awal mendapati helikopter tersebut mengalami masalah teknikal sebelum terhempas.
Seorang saksi di lokasi kejadian berkata, pesawat berkenaan terbakar sejurus selepas terhempas.

Pasukan penyelamat telah dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi kecemasan, manakala sebuah lembaga siasatan ditubuhkan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Susulan tragedi itu, solat jenazah diadakan di Muzaffarabad hari ini dengan dihadiri pegawai tentera, ahli keluarga mangsa dan penduduk setempat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















