Sumud Flotilla: ZRA pulang tanpa publisiti, enggan disanjung
SEPANG – Di sebalik sorakan menyambut kepulangan delegasi Misi Global Sumud Flotilla (GSF), seorang sukarelawan Malaysia, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA, memilih untuk pulang ke rumah secara senyap tanpa publisiti.
Menurut pengguna Facebook, Syahril A. Kadir, Zainal, 58, dibawa pulang ke kediamannya oleh rakan-rakan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.
Katanya, suasana penuh emosi menyelubungi pertemuan mereka apabila masing-masing tidak dapat menahan sebak melihat keadaan Zainal yang kelihatan kurus dan keletihan selepas melalui pengalaman getir sepanjang misi kemanusiaan itu.
“Namun, itulah ZRA. Dia tidak meminta sanjungan atau pujian. Dia hanya mahu kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
“Jangan ganggu dia, kerana dia sudah melaksanakan apa yang dia percaya dan perjuangkan selama ini,” kata Syahril dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Tambahnya, Zainal menyerahkan segala urusan perjuangannya kepada Allah SWT dan enggan dijadikan tumpuan selepas selamat pulang ke tanah air.
“Percayalah, dia tidak mahu semua itu,” ujar Syahril lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment