Cemas di KLIA, Ardell Aryana rebah sebaik mahu menaiki bas
SEPANG – Suasana pilu kepulangan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) bertukar cemas apabila pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana, tiba-tiba rebah sebaik menghampiri pintu bas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.
Ardell yang dilihat mengendong anak sulungnya ketika dikerumuni penyokong kelihatan pucat dan tidak bermaya sebelum tidak mampu berdiri lalu rebah di lokasi kejadian.
Polis bantuan yang berada berhampiran segera memaut serta membawanya masuk ke dalam bas bagi mendapatkan rawatan awal.
Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin tiba bersama 22 lagi sukarelawan GSF kira-kira pukul 11.30 malam selepas pulang daripada misi kemanusiaan ke Gaza.
Baca juga : Usaha diplomasi tertinggi PM berjaya bawa pulang 23 delegasi GSF
Ketibaan mereka disambut penuh rasa terharu oleh keluarga, penyokong serta dua menteri Kabinet iaitu Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Sabtu lalu, seramai 23 sukarelawan GSF, termasuk selebriti Zizi Kirana, Ardell Aryana, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi, dibebaskan selepas ditahan sejak 2 Oktober lalu ketika dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Lebih 500 sukarelawan dari seluruh dunia telah menyertai misi GSF sejak ia digerakkan pada September lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








