Kapal GSF dipintas: ZRA serta dua rakyat Malaysia ditahan tentera Israel
KUALA LUMPUR – Aktivis kemanusiaan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) bersama dua lagi rakyat Malaysia disahkan ditahan tentera Israel selepas kapal yang menyertai misi pelayaran kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dipintas awal pagi tadi.
Memetik laporan Berita AlHijrah, ZRA berada di atas kapal Arkham III atau Al-Faluja, manakala dua lagi rakyat Malaysia iaitu Dr Jihan dan Kapten Osman menaiki kapal Eros I.
Terdahulu, misi GSF dilaporkan berdepan ancaman apabila bot tentera Israel mengepung serta memintas 11 kapal flotila itu secara tidak sah berhampiran zon mencari dan menyelamat di perairan Greece.

Dalam insiden berkenaan, tentera Zionis turut didakwa mengancam penculikan dan keganasan terhadap peserta misi.
Perkembangan itu dikongsikan menerusi akaun rasmi Instagram Sumud Nusantara yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa.
“Tindakan ini mencetuskan kebimbangan serius terhadap keselamatan misi serta pelanggaran undang-undang antarabangsa.
“Kerajaan mesti bertindak segera untuk melindungi flotilla ini serta memastikan Israel dipertanggungjawabkan atas pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan genosid berterusan terhadap rakyat Palestin.
“Dunia tidak boleh berdiam diri. Lindungi flotilla, tamatkan kepungan, bebaskan Palestin,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, tentera laut Israel turut dilaporkan menghubungi rombongan GSF melalui kapal Greenpeace Arctic Sunrise.
Dalam komunikasi tersebut, pihak tentera laut Israel menyatakan sebarang usaha untuk memecahkan sekatan maritim ke atas Semenanjung Gaza dianggap sebagai satu pelanggaran undang-undang antarabangsa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








