BERITA SEMASALUAR NEGARA

Serangan ke atas Iran sudah dirancang selama beberapa bulan

TEL AVIV – Serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran hari ini telah dirancang selama beberapa bulan.

Times of Israel yang memetik laporan siaran Channel 12 berkata, sumber keselamatan memaklumkan bahawa Israel akan bertindak “habis-habisan” dalam operasi dinamakan ‘Lion’s Roar’ itu dengan pihak AS “sehaluan” dalam perkara tersebut.

Menurut sumber berkenaan, “fasa awal” serangan bersama itu dirancang berlangsung selama empat hari.

Laporan televisyen itu turut menyatakan, waktu serangan awal yang dilancarkan pada waktu pagi sengaja dipilih bagi mengejutkan pihak Iran, yang tidak menjangkakan serangan dilakukan pada siang hari.

Difahamkan, serangan hari ini mempunyai objektif untk melumpuhkan kepimpinan tertinggi Iran dengan menyasarkan Istana Presiden, bangunan Kementerian Perisikan dan Kementerian Pertahanan.

Turut difahamkan, serangan dilancarkan menggunakan peluru berpandu krus dari arah Syria dan Iraq.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button