AGAMABERITA SEMASA

Kepulangan aktivis Sumud Nusantara ke Malaysia, Zulkifli teringat pengalaman jejak bumi Gaza

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan mendoakan perjalanan delegasi aktivis Sumud Nusantara yang mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza dipermudah dan semoga selamat tiba di tanah air, malam ini.

Zulkifli mendoakan keselamatan aktivis Sumud Nusantara agar selamat kembali ke tanah air malam ini. 

Dalam hantaran di laman Facebook rasminya, beliau mengenang pengalaman menjejakkan kaki ke bumi Gaza beberapa tahun lalu.

“Terkenang indahnya bumi Gaza sewaktu saya menjejakkan kaki ke bumi yang diberkati Tuhan tersebut.

“Ya Allah, semoga delegasi aktivis Sumud Nusantara tiba di Malaysia dengan selamat,” tulis beliau.

Zulkifli turut menekankan keperibadian para aktivis tersebut.

“Ada antara kalangan aktivis ini yang pernah bersama delegasi saya dalam misi bantuan kemanusiaan ke Syria dan beberapa buah negara lain.

“Saya menjadi saksi betapa kuatnya jiwa mereka dalam perjuangan menyebarkan kesedaran mengenai penderitaan umat,” tegasnya.

Beliau juga menyeru rakyat Malaysia agar mengenepikan perbezaan dan bersatu hati demi rakyat Gaza.

“Dengan semangat #IhsanUntukPalestin, jangan berhenti berdoa dan solat hajat untuk mereka yang dizalimi,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button