Jong Melayu sedia ke Gaza – Sumud Nusantara
CYBERJAYA – Kapal Jong Melayu milik Sumud Nusantara kini bersedia untuk menempuh perjalanan dari Greece menuju ke Gaza bagi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.
Menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam satu kenyataan, inisiatif berkenaan melambangkan tekad dan keberanian rakyat nusantara dalam misi kemanusiaan, membawa mesej solidariti tanpa henti terhadap saudara di Palestin.
“Di bawah pimpinan Pengarah Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, perjalanan ini adalah bukti bahawa usaha kolektif mampu menembusi sekatan demi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.
“Dengan semangat Sumud yang bermaksud keteguhan yang tidak pernah luntur, Jong Melayu menjadi simbol penyatuan rakyat nusantara, membawa suara yang menuntut keadilan serta kebebasan buat Gaza,” kata kenyataan itu yang dimuat naik di laman Facebook rasmi pertubuhan itu, hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








