BERITA SEMASALUAR NEGARA

Kapal terakhir Global Sumud Flotilla, Marinette dipintas Israel

KUALA LUMPUR – Kapal Marinette yang menjadi satu-satunya aset dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) menuju ke Gaza dilaporkan sudah dipintas tentera Israel ketika menghampiri perairan wilayah bergolak itu.

Aktivis kemanusiaan Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman atau lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri mengesahkan perkara tersebut menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Difahamkan, kapal berkenaan dipintas sekitar pukul 3.30 petang selepas memasuki Zon Merah 2, iaitu kira-kira 66 batu nautika dari persisiran Gaza.

“Marinette : intercepted. Bermakna berakhirlah perjalanan seluruh peserta GSF gelombang pertama kita pada kali ini.

“Alhamdulillah, mereka berjuang dengan Sumud sehingga ke saat akhir,” katanya dalam perkongsian di laman tersebut.

Marinette kekal sebagai satu-satunya kapal GSF yang masih berada di laut selepas Israel memintas atau mengambil alih kawalan ke atas berpuluh-puluh yang lain.

Kapal itu sedang belayar di bawah bendera Poland dan membawa sejumlah enam penumpang di dalamnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button