Cuaca buruk paksa operasi mencari di base camp Himlung ditangguhkan
KATHMANDU – Cuaca buruk memaksa operasi mencari mangsa yang terlibat dalam kejadian runtuhan salji di base camp Himlung sejak Ahad, digantung buat sementara waktu.
AFP yang memetik kenyataan Persatuan Jurupandu Gunung Kebangsaan Nepoal sebagai berkata, setakat ini pasukan mencari berjaya menemukan empat jasad manakala 12 lagi masih hilang.
“Keadaan di sana sangat mencabar. Pencarian telah dihentikan sementara,” kata Presiden persatuan berkenaan, Tul Singh Gurung.
Kesemua 12 mangsa yang masih hilang merupakan pekerja warga Nepal yang sedang membuat persiapan bagi ekspedisi seterusnya di Himlung, berdekatan sempadan China.
Kawasan itu merupakan destinasi popular bagi pendaki yang mahu mula menakluki puncak berketinggian 7,000 meter itu.
Ketua pasukan penyelamat, Mingma G Sherpa berkata, beliau tidak menaruh harapan tinggi untuk menemui mangsa yang hilang dalam keadaan selamat.
“Melihat kepada jasad yang telah ditemukan, adalah mustahil untuk mangsa yang selebihnya selamat.
“Skala runtuhan salji ini sangat besar, kami boleh kembali semula apabila salji mula mencair sedikit,” katanya kepada AFP.
Pasukan yang terdiri daripada lapan jurupandu gunung tiba di kawasan base camp tersebut, malam Ahad lalu untuk memulakan pencerian dengan menggali salji setebal lebih empat meter.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







