BERITA SEMASA

[VIDEO] ‘Kejayaan ini penerus kepada kejayaan pendaki Malaysia terdahulu’ – Kichok

SEPANG – Pendaki negara, Mohd Khafiz Bachok menganggap kejayaannya menamatkan ekspedisi ke puncak gunung tertinggi dunia, Gunung Everest sebagai penerus kepada kejayaan pendaki Malaysia yang terdahulu.

Beliau berkata, sejak 1997, seramai 29 pendaki Malaysia yang berjaya menamatkan pendakian puncak gunung tertinggi dunia itu.

@malaysiatribune

Pendaki negara, Mohd Khafiz Bachok menganggap kejayaannya menamatkan ekspedisi ke puncak gunung tertinggi dunia, Gunung Everest sebagai penerus kepada kejayaan pendaki Malaysia yang terdahulu. #malaysiatribune #beritasemasa

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Saya memang menanam impian mahu mendaki Gunung Everest sejak 1997 dan kini pada 2026, saya berjaya menunaikan impian tersebut, sebagai pendaki Malaysia yang ke-30 berjaya menamatkan ekspedisi,” katanya.

Mohd Khafiz yang lebih dikenali sebagai Kichok berkata demikian kepada pemberita ketika tiba di tanah air, petang tadi.

Ketibaan beliau turut disambut isteri, Syuwaibatul Islamiah dan anak-anak serta rakan-rakan.

Ketika diminta mengulas mengenai pendakiannya, Kichok berkata, faktor cuaca memainkan peranan penting.

“Pendaki terpaksa berdepan dengan keadaan cuaca yang agak teruk, dengan kelajuan angin mencecah sehingga 50 kilometer sejam (kmj).

“Bagaimanapun, alhamdulillah bagi saya kerana pengalaman pendakian sebelum ini dapat digunakan sepenuhnya ketika berdepan dengan keadaan sedemikian,” katanya.

Sebagai rekod, Kichok sebelum ini berjaya menamatkan pendakian puncak kedua tertinggi dunia, K2, pada Julai 2023.

Bagi ekspedisi kali ini, berjaya menawan puncak Gunung Everest yang berketinggian 8,849 meter dari aras laut menerusi jalur pendakian di Nepal pada 18 Mei lalu, pukul 5 pagi waktu tempatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button