BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Jubin Cantik tampil Kooqa, angkat seni jubin ke perabot

KAJANG – Jubin Cantik Sdn Bhd mengembangkan kepakaran dalam jubin kepada bidang perabot buatan tempahan menerusi pelancaran Kooqa, jenama perabot lifestyle baharu yang mengetengahkan seni kraf jubin.

Pelancaran itu dibuat sempena sesi previu media di ibu pejabat Jubin Cantik di Kajang, baru-baru ini dengan Kooqa membawa konsep perabot moden dan minimalis untuk kediaman, hotel, kafe serta ruang komersial lain.

Kooqa ialah jenama perabot berjubin seramik buatan tangan yang berkonsepkan elegan, minimalis dan lifestyle, dengan setiap produk dibuat mengikut pesanan.

Tiga koleksi sulung diperkenalkan menerusi pelancaran berkenaan, iaitu The Plinth Collection yang menampilkan meja kopi pada harga RM5,700, The Accent Collection berupa meja konsol (RM5,700) dan The Metal Series yang menawarkan set meja serta stool besi bercorak jubin pada harga RM3,850.

Sempena pelancaran, Kooqa turut menawarkan diskaun early bird RM800 kepada 50 pelanggan pertama yang membuat tempahan, manakala setiap produk mengambil masa 12 hari bekerja untuk disiapkan selepas pesanan disahkan.

Dari segi pembayaran, pelanggan boleh membuat bayaran menggunakan kad, perbankan atas talian serta pelan ansuran Easy Payment Plan (EPP), Interest-free Payment Plan (IPP) dan Buy Now, Pay Later (BNPL).

jubin cantik
Tiga koleksi sulung Kooqa iaitu The Plinth Collection, The Accent Collection dan The Metal Series yang mengetengahkan konsep perabot berjubin moden, minimalis dan lifestyle.

Pelancaran Kooqa turut menandakan perkembangan penting Jubin Cantik yang bermula pada 2016 sebagai Wall Planet, sebuah peruncit wallpaper.

Pada 2019, pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Jubin Cantik, Firdaus mula menceburi perusahaan jubin dan memperkenalkan perniagaannya dengan nama Décor Flava.

Perniagaan itu kemudiannya dijenamakan semula sebagai Jubin Cantik pada 2021 dengan tumpuan sepenuhnya kepada jubin sebelum berkembang kepada empat cawangan di Kajang sebagai ibu pejabat, Shah Alam, Wangsamaju dan Johor Bahru.

Kooqa menjadi langkah seterusnya dalam perkembangan syarikat dengan mengembangkan kepakaran jubin kepada penghasilan perabot buatan tempahan yang lengkap.

Maklumat lanjut mengenai Kooqa boleh didapati menerusi www.kooqa.co, manakala maklumat Jubin Cantik boleh dirujuk di www.jubincantik.com.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button