BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Jenama Bumiputera, Ella Furniture buktikan perabot tempatan boleh bersaing dengan produk import

KAJANG – Bermula dari sebuah kilang kecil, jenama perabot tempatan, Ella Furniture, kini memperkukuh kedudukannya sebagai pilihan utama perabot premium mampu milik di Malaysia, dengan cawangan di beberapa bandar utama serta pengiktirafan tinggi di pasaran nasional.

Pengasasnya, Nur Laila Alway, berkata usaha itu lahir daripada keperluan ramai keluarga Malaysia yang mahukan perabot bukan sekadar murah, tetapi premium dan tahan lama.

“Bukan mudah bagi golongan bumiputera menembusi pasaran industri yang dipelopori bangsa lain, namun dengan tekad dan kesungguhan, Alhamdulillah kini kami sudah mempunyai lima cawangan.

“InsyaAllah, kami berhasrat mengembangkan lagi empayar ini dan membuka beberapa cawangan di lokasi terpilih,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Ella Furniture cawangan Bandar Seri Putra di sini semalam.

Ella Furniture kini mempunyai cawangan utama termasuk di Shah Alam (Bukit Jelutong), Johor Bahru, Kota Bharu (Kelantan), Sungai Petani (Kedah), dan cawangan terbaharu di Bangi, sekali gus menunjukkan usaha memperluas capaian kepada lebih ramai pelanggan di seluruh negara.

perabot
Ella Furniture menjadi salah satu pusat perabot pilihan pelanggan yang mencari kombinasi kualiti dan harga berpatutan.

Jelas Nur Laila, strategi awal Ella Furniture ialah menjual secara dalam talian terus dari kilang, menjadikan kos harga lebih rendah tanpa mengurangkan kualiti produk.

“Menerusi cara ini ia dapat membantu menarik perhatian ramai pelanggan yang sebelum ini membeli perabot import dari luar negara,” ujarnya.

Sejak beroperasi pada 2019, Ella Furniture menawarkan pelbagai jenis perabot seperti sofa, kerusi makan, bangku, meja makan dan katil yang dibina dengan teliti.

Nur Laila menambah, apa yang membezakan Ella Furniture dengan jenama lain ialah komitmen terhadap kualiti tinggi dan pengalaman pelanggan.

“Produk perabot yang ditawarkan bukan sahaja mampu milik, malah menggunakan fabrik mudah dibersihkan dan tahan calar, kayu meranti berkualiti tinggi serta pilihan warna dan reka bentuk moden.

“Selain itu, setiap produk dilengkapi jaminan lima tahun, sesuatu yang jarang ditawarkan jenama lain dalam segmen harga sama,” katanya.

Mengulas mengenai strategi pemasaran, Nur Laila berkata, Ella Furniture pernah menjadi tajaan utama siri TV Impiana: Makeover Ruang Selebriti yang mencatat lebih dua juta tontonan.

perabot
Ella Furniture menekankan komitmen jenama tempatan terhadap perabot premium mampu milik yang berkualiti tinggi.

Selain itu, jenama Ella Furniture turut mendapat sokongan selebriti popular seperti Datuk AC Mizal, yang mula menjadi duta jenama ini sejak 2022.

Nur Laila menegaskan, kejayaan jenama ini adalah hasil gabungan pemantauan pasaran yang kuat, pemasaran digital yang efektif, harga kompetitif dan pembukaan showroom secara berperingkat.

“Sasaran jualan tahun ini ditingkatkan sehingga RM40 juta dengan pelbagai promosi dirancang bagi memperkukuh lagi jenama,” katanya sambil menambah produk tempatan bukan sahaja mampu bersaing dengan produk import, tetapi juga menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari ellafurniture.com.my.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button