BERITA SEMASASUKAN

Atlet Red Bull cipta sejarah turun Everest guna ski

KATHMANDU – Atlet lasak dari Poland, Andrzej Bargiel mencatat sejarah apabila menjadi manusia pertama menawan puncak Gunung Everest tanpa bantuan oksigen tambahan dan turun menggunakan ski.

Bargiel, 37, yang merupakan atlet Red Bull, melakukan pendakian dari Kem IV selama hampir 16 jam meredah kawasan berbahaya dikenali sebagai ‘zon maut’ sebelum tiba di puncak tertinggi dunia pada 22 September lalu.

Sebaik tiba di puncak berketinggian 8,849 meter itu beliau turun mengenakan ski melalui South Col sehingga sampai ke Kem II menjelang malam.

Pada hari berikutnya, Bargiel meneruskan penurunan dengan menempuh laluan paling berbahaya iaitu Khumbu Icefall sebelum berjaya tiba dengan selamat di Base Camp Everest.

Pencapaian tersebut menambah satu lagi rekod gemilang dalam kariernya selepas beliau sebelum ini terkenal sebagai satu-satunya atlet yang berjaya melakukan turunan ski dari semua puncak berketinggian 8,000 meter di banjaran Karakoram.

Antara kejayaan luar biasanya ialah turunan ski penuh pertama dan satu-satunya dari Gunung K2 pada 2018, juga tanpa menggunakan oksigen tambahan.

Dengan kejayaan terbaru ini, Bargiel sekali gus melakar nama dalam sejarah sukan lasak dunia sebagai individu pertama melengkapkan turunan ski penuh dari Everest tanpa sebarang bantuan oksigen.

Atlet lasak dari Poland, Andrzej Bargiel mencatat sejarah apabila menjadi manusia pertama menawan puncak Gunung Everest tanpa bantuan oksigen tambahan dan turun menggunakan ski.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button