BERITA SEMASALUAR NEGARA

Juruterbang maut pesawat F-16 terhempas di Poland

WARSAW – Seorang juruterbang Tentera Udara Poland dilaporkan maut selepas jet pejuang F-16 yang dipandunya terhempas ketika latihan pertunjukan udara di Radom, tengah Poland, semalam.

Menteri Pertahanan, Wladyslaw Kosiniak-Kamysz dalam hantaran di platform X berkata, juruterbang terbabit adalah pegawai yang berkhidmat dengan penuh keberanian serta dedikasi kepada negara.

“Seorang juruterbang Tentera Poland terkorban dalam kemalangan sebuah pesawat F-16. Beliau adalah seorang pegawai yang sentiasa berkhidmat kepada negara dengan penuh keberanian dan berdedikasi.

“Saya memberi penghormatan dalam memperingati beliau,” katanya selepas tiba di lokasi kejadian.

Angkatan Tentera Poland memaklumkan nahas itu membabitkan sebuah pesawat dari Pangkalan Udara Taktikal Ke-31 berhampiran Poznan, namun tiada penonton yang cedera.

“Operasi menyelamat telah digerakkan dengan segera di tempat kejadian,” menurut kenyataan tentera.

Rakaman media Poland menunjukkan pesawat terbabit melakukan aksi aerobatik ‘barrel roll’ sebelum menjunam laju dan meluncur di atas landasan dalam keadaan terbakar.

Berikutan insiden tersebut, Pertunjukan Udara Radom yang dijadualkan hujung minggu ini dilaporkan telah dibatalkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button