Polis minta bantuan orang ramai kesan anggota tentera hilang
BENTONG – Seorang anggota tentera, Muhammad Danial Asraf Azizan, berusia 21 tahun dilaporkan hilang sejak empat hari lalu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Asisten Komisioner Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan anggota berkenaan daripada ibunya yang berusia 41 tahun semalam kerana lelaki itu tidak dapat dihubungi sehingga laporan polis dibuat.
Beliau berkata, lokasi terakhir lelaki itu dilihat adalah di Kompeni Charlie, Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Bentong.
Katanya, Muhammad Danial berketinggian kira-kira 162 sentimeter, berambut pendek hitam, bermata hitam, berwajah panjang dan berkulit sawo matang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang keberadaan lelaki itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong menerusi talian 09-223 1999.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








