33 kawasan catat IPU tidak sihat, Johan Setia tertinggi
KUALA LUMPUR – Kualiti udara di beberapa kawasan negara terus berada pada tahap tidak sihat apabila Johan Setia, Selangor mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu 176 setakat pagi ini.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Cheras, Kuala Lumpur merekodkan bacaan kedua tertinggi iaitu 173, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (171) dan Shah Alam, Selangor (170).
Beberapa kawasan lain turut merekodkan bacaan melebihi 160, antaranya Pasir Gudang, Johor (169), Batu Muda, Kuala Lumpur (166), Putrajaya (165), Larkin, Johor (165), Seremban (164), Klang (163), serta Indera Mahkota dan Balok Baru di Kuantan, Pahang yang masing-masing merekodkan 163.
Di Selangor, selain Johan Setia dan Shah Alam, Petaling Jaya turut mencatat bacaan tidak sihat iaitu 161, diikuti Banting (160) dan Kuala Selangor (154).
Johor turut merekodkan bacaan tidak sihat di beberapa kawasan termasuk Pasir Gudang (169), Larkin (165), Kota Tinggi (160), Pengerang (155), Batu Pahat (154), Tangkak (152), Kluang (131) dan Segamat (115).
Di Melaka, Bandaraya Melaka mencatat bacaan 160, manakala Bukit Rambai dan Alor Gajah masing-masing merekodkan 156 dan 136.
Sementara itu, Kuala Terengganu merekodkan bacaan IPU 157, diikuti Kemaman (154) dan Paka (152).
Di Pahang, selain Indera Mahkota dan Balok Baru, Rompin merekodkan bacaan 152 manakala Jerantut mencatat 132.
Perak pula merekodkan bacaan 154 di Seri Manjung dan 146 di Tanjung Malim, manakala IPD Serian di Sarawak mencatat bacaan 140.
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat dan boleh memberi kesan kepada golongan sensitif termasuk kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan dan jantung.
Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka jika perlu berada di kawasan terbuka, selain mendapatkan maklumat terkini mengenai kualiti udara melalui laman sesawang APIMS.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







