Serian catat IPU 521, capai tahap darurat
KUALA LUMPUR – Daerah Serian, Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 521 sekali gus melepasi tahap ‘darurat’ yang dikategorikan sebagai pencemaran amat ekstrem.
Berdasarkan semakan menerusi laman Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan itu direkodkan setakat pukul 2 petang tadi.
Kuching turut merekodkan bacaan IPU pada tahap berbahaya dengan 311.
Sementara itu, dua lokasi berada pada tahap sangat tidak sihat iaitu Samarahan dengan bacaan 284 dan Sri Aman (235).
Sebanyak 11 lokasi lain pula merekodkan bacaan tidak sihat, masing-masing Sarikei (182), Sibu (181), Mukah (177), Bintulu (157), Kota Kinabalu (152), Tawau (151), Samalaju (146), Sandakan (140), Pasir Gudang, Johor (128), Segamat, Johor (115) dan Miri (112).
Mengikut klasifikasi IPU, bacaan antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, manakala 201 hingga 300 dikategorikan sebagai sangat tidak sihat.
Bacaan melebihi 300 pula berada pada tahap berbahaya, manakala IPU melebihi 500 dianggap menunjukkan pencemaran udara pada tahap amat ekstrem.
Dalam keadaan bacaan mencecah lebih 500, pihak berkuasa boleh mempertimbangkan tindakan kecemasan serta-merta bergantung kepada tahap pencemaran dan keadaan semasa.
Data IPU dikemas kini setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








